Friday, 9 November 2018

Review: Tanaka Bio-White Advanced Whitening

Assalamualaikum! Hi semua. Hari rasa ringan je tangan nak bagi review. Kita mulakan dengan Bio Essence ye. Lets go!


  Actually, dah dekat setahun lebih aku jadi pengguna brand bio essence nih walapun aku tak guna 1 set lengkap dia. Baru hari nih terbukak hati nak buat review. Hehe.

  Aku start terfikir nak guna bio essence nih selepas aku sedar kandungan local product yg aku guna (d***a c*******s) agak tidak selamat. Yelah, 2 3 hari lepas aku cuba "rehatkan muka aku daripada product nih, u know what happened?? Kulit muka aku start gatal-gatal!! Memangla masa tengah guna tuh kulit cantik giler bak artis korea flawless namati. Tapi.. hmm..

  Ok. Lepas je aku sedar muka aku gatal-gatal, aku stop & rehatkan muka aku dari sebarang produk untuk seminggu. Masa tuh nampak la, kulit muka aku mula kusam balik. Sedihnya 😢 tapi, aku cari solusi lain dengan tukar produk dari drugstore!


  1. Tanaka Bio-White Advanced Whitening Celanser
Gambar google


  Tadaa! Aku cuba guna jenama bio essence nih. Mula-mula aku try trial pack warna biru laut yang khas untuk kulit kering. Habis guna trial pack, aku decided nak try yang jenis whitening since muka aku nampak kusam kan. Hehe. Tapi sebelum datang packanging baru dia which is warna pink (Tanaka Bio-White Advanced Whitening), aku sempat guna yang jenis warna putih (Tanaka White). Fungsi dia sama je, untuk pencerahan, cuma packaging yang baru nih dia bagi double effect dari yang lama. Yang baru kalau tak silap ada tambahan bunga camelia yang kononnya untuk bagi effect pinkish kat wajah selain cerahkan kulit (botol dia pun dorang tukar dari putih ke pink).

  So, aku sempat try cleanser & day cream je, yang lain tak sempat try sebab aku nih memang gatal tangan nak try brand lain pulak. 😂😂 plus harga mahai bagi aku yang tanam anggur nih. Hahaha. Ok, cleanser dia 100g, harga dalam range RM20 ~ 30 since aku beli masa tak sale kat watson. Tapi berbaloi kot, tahan lama!


Kelebihan & fungsi cleanser:
• Menghilangkan lebihan minyak, kotoran & kesan make up.
• Selain membersihkan kulit, ia juga bertindak mencerahkan & melembapkan kulit dalam masa yang sama.
• Kulit rasa lebih segar, cerah & lembut selepas dicuci tanpa meninggalkan rasa tegang di muka.

  First guna, bau dia sangat la menyenangkan. Harum! Tekstur creamy, bagi aku yang berkulit kering & bermekap nipis, aku just apply sikit je pun dah cukup. Hasilnya, selain daripada mencerahkan kulit, kesemua kelebihan yang dia telah senaraikan seperti di atas memang telah terbukti!! Aku tak pasti kulit aku makin cerah ke tak, tapi yang pasti kulit aku rasa macam "hidup balik"! Bersih giler & tak tegang. Tapi, malangnya aku start tukar ke cleanser hada labo gara-gara takut tengok ingridients dia yang ada adik-beradik paraben. Padahal masa tuh tak tahu paraben jenis yang ada dalam cleanser nih tak memudaratkan kalau ikut kata yang pakar, kecuali kau alergik paraben. Sampai sekarang aku setia kat cleanser hada labo lepas tukar celanser pink nih. Hehe.

  So, bagi yang tengah cari cleanser untuk cerah & dalam masa yang sama untuk melembap & menghaluskan kulit, bolehlah try tanaka bio-white advance whitening cleanser nih ye. Tak rugi cuba. Hehe.

Rating: 8/10
Repurchase: buat masa sekarang, tak. Sebab tadi dah mention tukar brand lain. Haha. Tapi, cleanser nih tak pernah "memudaratkan" aku. Love it!


  2.  Tanaka Bio-White Advanced Whitening Day Cream SPF20

Gambar ihsan google

  Tanaka Bio-White Advanced Whitening Day Cream SPF20 nih aku beli awal tahun & sampai sekarang belum habis. Kira berbaloi la kot dengan harga dia. RM50++ untuk 50g. Besar & berat packaging dia. Elegant & comel. Night cream aku tak beli sebab haru tuh cari kat watson & daesim semua sold out. Sampai sekarang tak beli-beli. Hahaha. Kalau tengok kat official website bio-essence, day cream nih digabungkan dengan bahan-bahan yng berfungsi mencerah & melembapkan seperti ekstrak kulit pokok tanaka, ekstrak bunga camelia, arbutin dan asid tranexamic untuk membantu kulit mencapai tona kulit yang sekata di samping mengunci kelembapan di dalam kulit. Selain itu, ia mengandungi spf20 yang melindungi kulit daripada sinaran uv yang berbahaya seterusnya menghilangkan kulit kusam dengan menggantikannya kepada kulit yang cerah dan "pinkish". Yeay! 😁

  Ok, berbalik kepada pengalaman aku. Tekstur dia creamy berwarna kekuningan. Bau pun sangat menyenangkan. Rasa tenang je bila apply kat muka tau. 😍 walaupun creamy, krim nih tak melekit & warna dia sangat sekata since dia tak berapa pekat. Lepas apply, kulit terasa lembut & selesa je. Yang paling menariknya, mak aku kata kulit muka aku nampak berseri balik lepas kusam hari tuh. Macam mati hidup semula pulak. Kikiki. Krim nih take time tau untuk dapatkan kesan dia, tapi at least selamat kan, daripada guna krim timbang kilo yang kita tak tahu tahap keselamatan dia untuk kulit kita.
Jadi, yang bermasalah kulit kering & kusam, boleh try day cream nih. Aku rasa lagi nampak kesan kalau uols guna sekali night cream. Tak berani cuba botol besar, cuba yang trial set dulu. Nanti lama-lama boleh jatuh cinta tau. Hihi.

Rating: 9/10
Repurchase: maybe, tapi kalau tak repurchase bukan sebab tak elok, sebab tangan gatal nak try brand lain 😂 


Thats all. Thanks sudi singgah & baca review dari sayaa 😗 lain lembaran kita review skin care lain. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment