Sunday, 19 October 2014

Assignment vs tazkirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

* tadi aku sebenarnya nak siapkan assignment. tapi takleh fokus. fikiran nih asyik terganggu. memang diakui, hati kotor. itu yang menyebabkan ketenangan tuh jarang singgah. aku pun antara umat akhir zaman. yang imannya sentiasa goyah. kita dah tahu,, Rasulullah lebih cintakan umatnya yang mencintainya tetapi tidak pernah melihatnya. malangnya kita abaikan cinta dan kasih dari kekasih Allah nih sedangkan kita dah tahu cara nak raih benda tersebut. aku sendiri... terumbang-ambing. maafkan aku jika anda salah seorang yg telah aku zalimi. aku harapkan kemaafan... dan aku harapkan bimbingan.. kerana aku pun insan lemah. wanita.. bijak namun akal singkat.



Aku nak kongsi apa yang aku dapat dari yang aku dengar dan lihat semalam.
topik yang berkaitan juga dengan munakahat. mengenai

i) 6 GOLONGAN WANITA YANG JANGAN DIJADIKAN ISTERI (berdasarkan kitab muhimmah)
1. al-anaanah (selalu menimbulkan keluh kesah)
- merasakan semua yang dimiliki tidak cukup
2. al-manaanah (suka mengungkit)
- suka mengungkit jika suami tidak melakukan seperti yang dia ingini
3. al-hunaana (ingin kepada suami yang lain0
-berkenan dgn lelaki lain, suka membandingkan suami dgn lelaki lain
4. al-hudaaqah (suka memaksa)
-jika dia inginkan sesuatu, dia akan memaksa suaminya melakukan sekian2.
5. al-hulaqa (sibuk dengan urusan sendiri)
- bersolek, tidur, bersantai sehingga lalai dgn tanggungjawab sebagai hamba Allah/isteri/ibu
6. as-salaaqah (suka berleter)
- bergosip, banyak bicara,

kata saidina Ali r.a., bermula yang terlebih jahat sifat lelaki tetapi terlebih baik pula bagi sifat perempuan dengan 3 sifat ini.
1. kedekut
-suami kedekut tak elok, isteri kedekut, elok
2. membesarkan diri
- suami kalau sombong, tak elok. contoh: balik kampung taknak bergaul dgn saudara2. tetapi kalau wanita sombong, elok. contoh, jika ada yang cuba mengurat, dia x layan.
3. penakut



ii) HUKUM BERNIKAH DENGAN WANITA MENGANDUNG ANAK ZINA
berdasarkan 4 mazhab, hukum menikahi wanita mengandung anak zina adalah seperti berikut:
1. haram dan tidak sah- imam maliki dan hambali
2. sah- imam hanafi dan syafi'e
cuma dlm mazhab hanafi kata, bila nikah takleh jimak, melainkan setelah beranak. menurut mazhab syafi'e pula, makruh jimak (tidak haram) dan sunat jimak setelah beranak.

benda nih tidak ijma' (sepakat)
kalau tidak ijma', katakan tidak ijmak. kenapa nak ketepikan pendapat imam syafi'e tuh sedangkan majoriti sini (malaysia) bermazhab syafi'e? benda khilafiah kena kabo jugak. jangan kabo orang yg berzina nikah dalam iddah org. orang berzina takda iddah. syarat iddah pula, wanita tuh kena sah nikah dulu. then bercerai..

iii) HUKUM MENASABKAN/DI'BIN'KAN ANAK LUAR NIKAH KEPADA BAPA ZINANYA
Anak luar nikah tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka tidak diiktiraf oleh syarak. anak tersebut hendaklah dibangsakan/dibinkan kepada ibunya. contoh: Ali bin Aisyah. tetapi jika menimbulkan fitnah atau bakal memalukan anak tersebut, maka boleh dibinkan kepada Abdullah.

masa nikah, jika anak tersebut dibinkan kepada bapa zina, hukum pernikahan tersebut adalah tidak sah. contohnya, nama bapa zina ialah dolah. jika disebut ali bin dolah, maka hukum pernikahan tersebut adalah tidak sah.
jika sekadar ditulis dalam ic berbinkan bapa zina itu, semasa nikah berbinkan abdullah atau nama ibunya, sah nikahnya.


bagaimana pula dengan pengambilan anak angkat?
pengambilan anak angkat tidak salah. menukar bin itu haram, kena laknat (letak nama bukan bapa).. jika seseorang itu sudah mengetahui akan perkara ini, maka dia hendaklah segera menukar bin nya ke nama bapa asalnya.



sumber: ustaz azhar idrus & ustaz kazim elias.
p/s: dorang rujuk kitab. insyaAllah tidak meragukan :)

moga bermanfaat.. sebarang komen atau perkongsian ilmu amat dialukan :)

"you are never alone" 20:46





Thursday, 15 May 2014

Selamat Hari Pendidik

Assalamualaikum.. ayat biasa didengar,, thanks sebab sudi singgah di laman ini. kali ini aku nak bawakan topik mengenai PENDIDIK. maklumlah esok tanggal 16 mei. semua sedia maklum menegenai tarikh keramat tuh.

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik. Cikgu-cikgu, ustaz ustazah, guru besar, pengetua. semualah. Tapi, sebelum mereka, kita kena ingat, pendidik utama kita tak lain tak bukan, ibu bapa. Beberapa hari lepas ada HARI IBU. aku nak publish pasal hari ibu. tup tup ada ustaz keluarkan fatwa dorang, kata hari ibu nih ada kaitan ngn mother kat gereja. so, aku batalkan niat aku nak "sambut" hari ibu. macam si gegel cakap, hari2 hari ibu. yes, i like that statement. Thanks gegel. haha. tapi, aku nak jugak cakap, terima kasih mak, arwah ayah sebab besarkan dan didik kami. Aku duk jauh2 nih beranila nak hantar ucapan jiwang2 kat mak. kalo dekat mungkin segan sebab mak pun jenis steady, jangan jiwang sangat katanya. haha! But, frankly speak, aku suka bila aku ungkap perkataan sayang kt mak aku. Aku nak mak tau, aku nak buktikan sayang aku bukan setakat pada perbuatan, tapi perkataan juga. Supaya mak rasa kami benar2 sayangkan dia. Arwah ayah, kami sentiasa doakan kesejahteraanmu di sana. :)

Hari Guru. Tak silap aku, 2 tahun lepas last aku wish benda nih kat cikgu2. Sekarang dah jadi mahasiswa, aku tak nampak lagi "cikgu-cikgu" melainkan pensyarah semata-mata. "cikgu" maksud aku, orang yang kaya dengan nasihat, suka denda, bawak buku banyak2 gi kelas. denda? ya denda. zaman sekolah menengah aku penuh dengan dendaan. bukan salah pendidik, tapi salah aku sendiri. bermacam-macam denda pernah aku rasa. jalan itik, peluk tiang, angkat kerusi, buat homework kat parking kereta, pakai telekung. zaman sekolah. perkara normal bagi aku. nakal tuh buat aku rasa zaman sekolah aku sweet sangat. berbalik kepada cerita pasal pendidik.. kepada cikgu yang pernah mengajarku, selamat hari guru ya. terima kasih kerana memberi ilmu, terima kasih kerana berkorban, terima kasih kerana bersabar, dan terima kasih kerana mendenda. Bak kata cikgu Aziah, besar jasa seorang guru memanusiakan seorang murid. memang. aku akui kata beliau. selama bergelar pelajar, pelbagai ilmu yang dicurahkan oleh cikgu-cikgu kepada aku. aku belajar banyak perkara. bahasa malaysia, english, arab, matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, geografi, sejarah, pendidikan islam, al Quran & as Sunnah, Syariah, Usuluddin dan banyak lagi. aku ingat lagi antara ramai2 cikgu yang mengajar, rasa2nya cikgu kimia yang paling kesian. mengajar, tapi dia sendiri yang stress. ustaz mengajar arab pulak steady. dari tingkatan 4 sampai 6 atas aku tido pun dorang x marah. denda pun jarang. cikgu-cikgu semua baik. terima kasih cikgu.



Ada pendidik yang pernah berkata, beliau ingin melihat aku berjaya. Alhamdulillah. Aku berusaha menuju kejayaan cikgu. Aku cuba. Terima kasih atas dorongan. Maafkan atas kesilapan kami. Halalkan segala yang ditaburkan kepada anak didikmu. Tanpa pendidik, aku pun tidak mengenal apa itu huruf 'A' yang mewakili nama Adi Akmal aku dan apa itu huruf "Z" yang mewakili nama aku sendiri. Dan mungkin tika itu aku kekal dalam dunia kejahilan. bahkan, boleh jadi, aku pun tidak mengetahui akan kejahilan diri aku sendiri. Terima kasih kerana memanusiakan kami. Moga tugas mendidik turut  menjadi sebahagian daripada amal jariah kalian semua kelak.


ikangumj 16 Mei 2014
~anak didik sk pergau smk agama igan smk agama sibu ums~

Friday, 18 April 2014

Peringatan bagi yang lupa seperti aku.





Assalamulaikum.. Seperti biasa. Terima kasih sebab sudi singgah di laman ini. Aku ingin sekali lagi berkongsi tintaku di sini. Jika ada sebarang komen atau pendapat, suarakan. Aku tidak selalu berada di pihak yang betul. Kerana title pendosa itu aku pun pegang. Ok.. di sini aku cuba "stop"kan dulu pasal benda alah yang aku selalu cerita. Aku cuba sampaikan topik lain.

KIAMAT
Sahabat pernah menyuarakan topik ini. Aku cuma terkedu. Takut. Aku juga takut. Banyak perkara yang menakutkan aku. Allah.. Sudah bersediakah aku? Tanggungjawab dah selesai semua? Ibadatku macam mana? Semua terngiang-ngiang di benakku bila terlintas soal kematian serta hati pembalasan. Aku teringat lagi pasal hari pembalasan yang pernah diceritakan ketika subjek Usuluddin aku dulu. Ustaz pernah kata, lihat pada surah Al-Zalzalah. Di situ ada menceritakan tentang hari kiamat, Zalzalah yakni bermaksud kegoncangan.

Terjemahan:
1.(1) Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang kuat,
2. dan Bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya (2),
3. dan manusia (3) bertanya, "Apa yang terjadi pada Bumi ini?"
4. Pada hari itu Bumi menyampaikan beritanya (4),
5. kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya. 
6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok (5), untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) perbuatannya,
7. Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (6), nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
8. dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya (7).


Begitulah yang diceritakan dalam ayat tersebut. Banyak dalil pasal kiamat, tapi aku sendiri lupa. Jadi, bagaimana? Al-Quran sendiri yang menceritakan tentang wujudnya hari pembalasan. Aku terbayang sebuah video yang sahabat kongsikan kepadaku. Allah. Ramai sudah ulama' bermimpi tentang kemunculan Dajjal. Sudah cukup kuatkah iman kita untuk melawan fitnah makhluk ini kelak? Aku semakin risau bila dikatakan golongan wanita yang paling mudah terpengaruh dengan fitnah Dajjal ini. Sehingga Rasulullah S.A.W sendiri pernah berkata kepada sahabat, mafhumnya, jika boleh ikatlah isteri dan anak-anak perempuanmu di rumah. Mereka golongan yang mudah tergoda dengan fitnah Dajjal. Allah. kuatkah kami kelak?
Salah satu petanda kiamat ini, Bumi menjadi kering. Kata ustaz tersebut, beliau sendiri dapat melihat, hujan sudah semakin jarang turun. Jika tiga tahun berturut-turut keadaan sedemikian berlaku, cuba fikirkan. Itulah petanda kiamat semakin dekat.

Aku juga seperti kalian. Jujur, aku belum bersedia. Aku sudah banyak kali diingatkan untuk mengamalkan Al-Kahf. Pertama kali ketika aku di SMKA Igan. Kedua, di SMKA Sibu, dan tidak disangka-sangka aku juga diperingatkan di UMS ini. Sahabat-sahabat yang membaca, amalkanlah Surah Al-Kahf. Dunia semakin uzur.

Secara jujurnya juga, aku belum "berhijrah" sepenuhnya. Aku cuma bagaikan mengembalikan "fitrah" aku yang dulu. Fitrah pemakaianku ketika di bangku sekolah. Jika dilihat cara pemakaianku agak berbeza sedikit berbanding semester lepas, itu memang betul. Cuma, aku belum sepenuhnya memperbaiki diri aku sendiri. Aku pernah ditegur untuk berubah, tapi aku berkeras, aku tidak akan berubah melainkan gerak hati aku sendiri mengarahkan aku untuk berbuat sedemikian. Sekarang, aku cuba kembalikan fitrahku yang dulu, aku tidak berubah kerana orang lain. Justeru, aku sentiasa perlukan sahabat yang sentiasa cuba menarikku untuk terus mengenal erti hijrah yang sebenarnya.

Sahabat dan para pembaca, jika esok dirasakan belum tentu nafas kita masih berhembus, tanamlah niat dalam diri. Berhijrahlah ke arah yang lebih baik. Anda mungkin lebih beruntung berbanding aku. Berubah sedikit demi sedikit. InsyaAllah, Allah sentiasa bersamamu. Aku tidak mampu mencegah kemungkaran melalui tangan dan lisanku. Itu kelemahanku. Moga-moga melalui pembacaan ini terkesan walaupun sekelumit untuk anda dan anda berubah ke arah yang lebih baik.

Mati itu sebenarnya indah. Indah bagi orang yang sudah bersedia. Kerana mati itu syarat menemui cinta.
Jika lupa tentang kematian, ingatlah, hari pembalasan semakin menghampiri. Tanya diri, sudah siapkah aku untuk semua itu?


Aku,
-Pendosa-












Wednesday, 19 March 2014

Unknown

Assalamualaikum.. Salam kerinduan salam kemaafan. lama dah tak "membuang masa" di laman ini. Kesibukan penyebab segalanya. Sibuk hal duniawi, jgn sampai terabai urusan ukhrawi. Pesan seorang pendidik yang kini dirindui. Masa aku kini dihabiskan dengan kuliah. Nampaknya semester 2 memang lebih mencabar compare ngn semester 1. Masa? haa. sem nih jugak aku selalu diingatkan pasal MASA oleh pensyarah. Selalu diperdengarkan dengan Suratul Asr.

 Allah bersumpah, 
Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan saling berwasiat dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan kesabaran. 

Kenapa selepas kebenaran itu Allah letak kesabaran? Kerana dalam menyampaikan kebenaran ini, tidak semuanya diterima dengan hati yang lapang. Itulah menurut Asy-Syahid Abdullah Azam.

Ok. Tinggalkan pasal masa.

Questions for myself. What happen to you now? Haha. Aku.... Currently nak kata senang hati 24 jam memang takla. tanggungjawab rasa makin bertambah. Minta dicekalkan hati, bukan dipermudahkan ujian. Macam mana nak jadi kuat jika tidak didatangkan dengan ujian yang hebat. Sedangkan Allah mengasihi Mukmin yang kuat berbanding yang lemah. Assignment datang berduyun-duyun, aktiviti itu ini, datang pula ujian Qalb. Minggu lepas gi kundasang ngan coursemates. Banyak juga cabaran. Tapi, serius best. Dari situ nampak perangai sebenar, siapa yang setia kawan, siapa yang bertanggungjawab. Ada ciri isteri dan suami yang baik kawan2 aku nih. heheh. Assignment? Uinaa. Belum start buat ag. Ika2. Tutorial dah 2 kali sesat. haha. Parai kitai. FKKI? Allah. Aku kena ambik alih tugas? Puyauuuu. Aku sikmok. Tolong~ T_T
Qalb.. Benda yang tak asing menjadi permasalahan umat zaman sekarang. Termasuk aku... Bila kita nak ke arah kebaikan, jalan juang itu tidak mungkin akan sunyi tanpa ujian. Sekaligus datang dalam satu masa. Aku jadi pening sikit. Bak kata kawan. Mungkin Allah sedang menguji.

Aku cuba merangkak dari kegelapan. Jangan sangkal kenapa aku itu dan ini. Aku juga orang miskin amal yg punya cita2 nak gapai syurga. Aku tak mampu nak ubah diri secara mendadak. Aku pun punya kelemahan. Perangai ber"HAHA" tuh tak hilang ag. Aduyai. haha.Ok. Setakat ini dulu coretan utk bulan nih. Tingkatkan amal, tundukkan nafsu. Moga menjadi Mukmin yg sebenar. Muslim itu tak bermakna dia Mukmin. Tapi, Mukmin itu semangnya Muslim. Jadi Muslim kerana faktor, bukan kerana nama. Kata Umar, simpan harta di tangan, bukan di hati. Cintai akhirat, nescaya dunia turut bersamamu.

Monday, 24 February 2014

R-I-N-D-U

Jika dihitung, seminggu sudah meninggalkan negeri tercinta. Orang balik hari Ahad, aku hari Rabu. Tapi, sampai UMS macam takda pape je. Sampai UMS, rasa rindu pulak nak duk rumah. Yela, walaupun cuti aku kira "sadis" jugak, tapi kalau dah namanya rumah memanglah tempat yang best untuk tenangkan fikiran. Aku pulak bila dah camnih, rindu nak kembali "berkhidmat" kat Kickers. haha. Aku ingat balik macam mana tajamnya jelingan partner aku bila aku mintak keizinan dia untuk ke musolla. Allah. jujur aku cakap. Sibu nih "kesian" sebab majoriti cina, non muslim. Memang jarang ada kesedaran pasal Islam. Aku bukan tunjuk baik, tapi bagi yang muslim, itulah tanggungjawab kita. Serius, aku tak nak dah berpart time kt situ. haha!
Adil tak kalau aku letak gambar kat sini? Takpa kan, untuk kenangan. heheh.








jadual shif januari. 



Kaunter Kickers aku yg conquer. haha!


February's shiff


Dan itulah kenangan aku semasa cuti. haha! Walaupun sibuk, aku masih tak mampu nak lenyapkan ingatan aku kat seseorang. Rasa2nya seminggu lebih sebelum habis cuti, aku berjaya lupakan dia. Aku bersyukur sangat. Dan... aku tidak terniat untuk berdendam dengan siapa2. Malangnya, lepas aku kembali ke UMS nih, keadaan menjadi kacau bilau balik. Jiwa kacau! haha. Allah.. Bagaimana aku nak lupakan bila ada kalanya aku berselisih dia. Ya Allah, jika dia bukan untukku, hilangkanlah pesonanya di mata ku. Ika, dia tak suka dah kt kau. Jangan nak perasan! Boleh yakinkan aku x? -_-


Aku bukanlah golongan yang baik2. Dan bukanlah yang terbaik. Kadang2 aku zalim. Zalim pada manusia sekeliling. Maafkan aku.. Aku tak terniat nak balas balik apa yang pernah berlaku kat aku. Pernah aku pesan, jangan simpan nama aku dalam hati. Takut bertukar benci. Aku tak mampu nak halang bila seseorang dah benci aku. Cuma, aku harap. Moga suatu hari nanti ada ruang kemaafan buatku. Aku bukan maksum. Aku seperti kamu juga. Silap kah aku terlalu jujur? Di sini, aku kongsikan satu hadis. Harap difahami dan 'dihadam'. 

"Cintailah orang yang engkau cintai sewajarnya, boleh jadi pada suatu hari kelak ia akan menjadi orang yang engkau benci. dan bencilah orang yang engkau benci sewajarnya, boleh jadi pada suatu hari kelak ia akan menjadi orang yang engkau cintai (HR Tarmizi)


 Nasihat Umar Al Khatab kepada anaknya, " Hai Aslam, jangan jadikan cintamu sebagai beban dan jangan sampai bencimu membuat binasa." 
Aslam bertanya, "Bagaimana hal itu boleh berlaku?"
Beliau mengatakan, " Jika engkau mencintai, janganlah berlebihan seperti seorang anak kecil mencintai sesuatu. Dan jika engkau membenci, janganlah berlebihan hingga engkau suka mencelakai sahabatmu dan membinasakannya." (sahih Bukhari)

P/s: aku tak kenakan siapa2. aku tak sindir siapa2. aku sendiri sentap. :)






Thursday, 6 February 2014

Summary aku si pendosa

"Melepaskan seseorang yang kita sayang itu amatlah sakit.. mengalah tak semestinya kalah.. andai itu pilihan dia.. dan kebahagiaan dia.. kita kena redha.." - Ust Kazim Elias-

bukan mudah nak lupakan apa yang telah berlaku. lebih lebih lagi melibatkan pasal hati. di mana-mana aku terkenang. uiseh. tanda hati masih kotor. dah jelas-jelas Allah ingatkan, ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang. Aku tak anggap ini kafarah. Ini ujian. Allah. Seperti doa Siti Zulaikha, jika dia bukan untukku, bawalah dia jauh dari pandanganku. Aku tak berniat nak salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Keputusan semua dalam tangan aku. Adakah betul kata si sahabat, minda menguasai segalanya? Ye kot.

Pilih kerana agama? haha! kalau diutarakan, barangkali bermacam-macam pandangan diterima. Aku tak nak kemukakan satu persatu. Biarkan orang lain menilai. Nasib baikla Adi Akmal aku tak jumpa ag. (ada kaitan ke? haha)

Berbalik kepada holiday aku. So far, alhamdulillah. Ujian sentiasa disertai hikmah. Aku sedikit menjadi skema berbanding dulu. haha! bermacam-macam perangai customer aku jumpa. Paling aku tak lupa, aku serve dua orang customer lelaki. Cikgu rasanya. katanya, "nape senyum? perempuan kalo tengok laki pakai baju pink mesti senyum. nape? tak boleh ke?" Spontan aku bagi jawapan. "Ada ke hadis larang laki pakai baju pink?" Alamak! aku terrrrr. Sampaikan panjang conversation. Tanya sekolah mana. Last-last aku tinggalkan dorang. Kepada cikgu yang dimaksudkan, aku mintak maaf ya. Aku memang tak sengaja. Bila tengok keadaan aku, memang tak padan nak berhadis-hadis masa tuh. Dalil pasal lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan sebaliknya. Tuh ja yang aku tau. Aku tak berani nak explain ag. Takut lain pulak jadi. Maaf sangat.

Tuh semua tak penting. Yang paling bermakna, bila mak dorong aku pasal sesuatu. Allah.. Moga dikuatkan azam aku. Yeah yeahhh. Mengenai surat tajaan FKI aku. Alhamdulillah. Aunty sudi bantu. Paling mengharukan, dia bantu atas sebab tujuan program ini dilaksanakan. Aku malu sendiri. Muslim "pure" jarang ada kesedaran seperti nih. Tewas kah kita dengan mualaf? Aunty mualaf. Tapi mampu hidup cara Islam. kita? Allahurabbi.. Aku tak kata siapa-siapa. Aku sendiri pun terkontang-kanting dengan dunia aku sendiri. Aku yakinkan beliau, Allah permudahkan jalan bagi sesiapa yang menolong agamaNya (aku copy ayat kak diana n pengerusi FKI)

Aku saja karang. Maklumlah, aku nak cerita, aku segan. Cuti pun bukan selalu. Aku inform awal-awal ngan promoter aku. Last kerja 14 Feb nih. Eksekutif tanya, nak sambut valentine ke? haha! dalam Islam takda valentine. Sekali lagi. Non Muslim aku tak pasti dorang faham ke tak. Yang pasti aku tersasul lagi. Sungguh. Aku tak berniat. bahaya mulut  nih. Pepatah Arab ada kata, Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu. Nampaknya lidah pun macam pedang. Matilah aku. Silap hari bulan memang kena cincang habis-habis kalo asyik macam nih.

Aku semakin dikelilingi sahabat yang cintakan Tuan Pemilik Cinta. Tapi.. aku tidak mampu mendampingi secara "face to face". Semua jauh. Ada yang dah jadi ustazah kt UKM, kat USIM, kat UNISZA dan tak terkecuali ada yang belajar kat madrasah. kamon geng! sedarkan aku.

Selamat malam!


       

Sunday, 19 January 2014

mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi~


cuti yang membosankan... rindu dengan sahabat2.. bila dah bosan nih, habislah semua barang aku selongkar. tak sengaja, terbukak fail2 dulu. serius. aku tersentuh tiba-tiba. sayu... nota2 masih tersimpan kemas. buku2 masih elok. Allah.. redhakah aku??? mengapa perasaan ini selalu timbul? apa sebenarnya yang aku kejar sangat? ikhlaskah aku? ok takpa. mungkin aku hanya rindu suasana dulu.









himpunan syair-syair ust nazri. sehari semalam baca walaupun tak seberapa faham. haha








nota usuluddin sebelum exam. nampak sangat pemalas. haha



6A3 punya cerita. :)



walaupun tak sampai 2 tahun, terlalu banyak kenangan yang dah tercipta. syukur sampai sekarang aku masih diberi peluang untuk mengejar ilmu yang hanya setitik dari laut yang seluas itu.



"jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas" -Ibn Sina-


'Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman"..(3:139)



Saturday, 18 January 2014

Semester satu dalam kenangan~

last paper untuk sem 1,, bahasa jepun minor. punyala susah. minta2la semua ok2 ja.
Flashback~~~~~

semester 1 aku penuh dengan suka duka. bertemu seorang sahabat setia, sesat sampai 1b, tunggu bas sampai 2 jam dalam keadaan basah, dan paling ekstreem kena kejar anjing sampai telur yg aku beli pecah separuh.

semester satu orang kata senang ja. bagi aku.. entah.subjek major pn terkontang kanting. macam aku sorang yang tak reti nak tulis apa time exam. uinaa. isu semasa lagila aku tak reti. bagi aku sekarang, semakin kita nak lari dari sesuatu, semakin benda itu menghampiri kita. aku dulu seboleh2nya taknak masuk bidang agama. tengok2 lepas spm kena masuk balik gara2 result sains tulen aku tak mengizinkan. lama2 masuk tingkatan 6, aku mula jatuh cinta dengan usuluddin. cinta saja tak menjamin apa2 bila qada dan qadar dah ditetapkan untuk menjadi itu ini. masuk u, aku dapat kos berkaitan sejarah dunia sedangkan dulu sejarah jugalah subjek yang aku tak minat. aku pernah terfikir yang aku takkan terjebak dalam dunia berkaitan sejarah, dan disebabkan pemikiran itu aku selalu buat kerja lain masa cikgu mengajar sejarah. timbul penyesalan bila pensyarah bukak cerita pasal benda yang kiteorg dah belajar dulu2. kawan lain punyala  petah menjawab. aku? sadis2~
cerita pasal subjek minor aku.. aku memangla tak berapa minat bahasa Arab masa sekolah dulu. masuk ums tiba2 kami ada tiga pilihan ja untuk subjek minor. aku pulak punyala excited sebab ada bahasa Arab (rindu jugak sebab lama tak belajar). so aku ambik keputusan grab subjek Arab. masuk kelas mula2 ok. pastuh Sayyidah 'tendang keluar'. expert dah katanya. padahal aku buat ayat pn tunggang langgang lagi. aduhai.. nak masuk kelas mandarin pulak lain cerita. orang kata mandarin senang lagi dari jepun. aku tryla mintak. belum pa2 dah kena reject. 'NGU' penyebab utama. malang. aku mana reti cakap cina. masukla kelas jepun. uinaa. macam budak tadika aku rasa. haha!
apa2 pun sem 1 ditempuh dengan penuh bermakna. di situlah aku belajar menjadi atlet jarak jauh, di situlah aku jadi 'gengster' dan di situlah aku cuba belajar untuk bermujahadah....


di sarawak dah aku kini.











terima kasih kepada yang wish birthday aku. aku semakin tua. kematian semakin hampir. jangankan nikah, mati pun aku belum sedia lagi.. moga menigkatnya usia ini akan menjadikan aku sebagai seorang yang matang dalam menjalani hidup. bijak menilai "baik" dan "buruk".


hadiah dari sahabat.. :)





napela bagi aku hadiah mahal -_-

Monday, 13 January 2014

Ya Rasulullah..

Kau masih tersenyum mengubat lara,
Selindung derita yang kau rasa..
Senyuman yang mententeramkan setiap insan yang kebimbangan..
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita di pangkuan isterimu Humaira..
Menunggu saat ketikanya diangkat rohmu bertemu Yang Esa..
Tangan dicelup di bejana air,
Kau sapu di muka mengurangkan pedih,
Beralun zikir menutur kasih pada umat dan akhirat...
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Iringi pemergianmu..
Oh sukarnya untuk umat manerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya..
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta..
Walaupun kau telah tiada,
Bersemarak cintamu selamaya..
Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi..
Dan bersaksilah, sesungguhnya,
Kami merinduimu... :(

bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukku jua~

Dah nak cuti semester dah. memang tak disangka. tapi itulah takdir. hampir 5 bulan dah aku di sini. teringat balik mcm mana frustnya aku bila dapat tahu aku dapat tawaran kat UMS, bukan UKM mahupun UM atau UIA. ditambah lagi dapat kos yang aku tak jangka jangka,, hubungan antarabangsa. mula mula dapat tahu sehari aku mendiamkan diri. mak kesian tengok sampaikan mak cakap,, takpela.. keputusan kat tangan kau.. apa tidaknya. bidang agama, tup tup dapat bidang sosial. macam macam cara aku buat supaya nak dapatkan kembali keinginan aku. tapi, Allah itu Maha Bijaksana. Dia aturkan yang terbaik dalam hidup aku. walaupun pelbagai inisiatif aku buat untuk 'lari' dari UMS, bila Dia kata, kun fayakun,, memang statik la seorang hambaNya mengikut ketetapanNya. Alhamdulillah.. aku kini tetap menjadi mahasiswi jurusan hubungan antarabangsa. bila kita menuntut ilmu keranaNya, Allah sentiasa permudahkan jalan walau sesukar mana pun ujian itu. cuti tak lama lagi. tak sabar jumpa orang tersayang. oh lupa,, wahai insan yang terluka kerana khilafku, maafkan aku. aku hanya manusia sepertimu juga. iman aku juga bisa rapuh. bila masanya,, aku turut akan menyakitimu walau sekali seumur hidup. bukan niatku.. moga nanti kau memahami dan memaafkan aku. hey. tinggal paper jepun minor lagi. sensei, i love you! hihi.