Assalamualaikum.. ayat biasa didengar,, thanks sebab sudi singgah di laman ini. kali ini aku nak bawakan topik mengenai PENDIDIK. maklumlah esok tanggal 16 mei. semua sedia maklum menegenai tarikh keramat tuh.
Selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik. Cikgu-cikgu, ustaz ustazah, guru besar, pengetua. semualah. Tapi, sebelum mereka, kita kena ingat, pendidik utama kita tak lain tak bukan, ibu bapa. Beberapa hari lepas ada HARI IBU. aku nak publish pasal hari ibu. tup tup ada ustaz keluarkan fatwa dorang, kata hari ibu nih ada kaitan ngn mother kat gereja. so, aku batalkan niat aku nak "sambut" hari ibu. macam si gegel cakap, hari2 hari ibu. yes, i like that statement. Thanks gegel. haha. tapi, aku nak jugak cakap, terima kasih mak, arwah ayah sebab besarkan dan didik kami. Aku duk jauh2 nih beranila nak hantar ucapan jiwang2 kat mak. kalo dekat mungkin segan sebab mak pun jenis steady, jangan jiwang sangat katanya. haha! But, frankly speak, aku suka bila aku ungkap perkataan sayang kt mak aku. Aku nak mak tau, aku nak buktikan sayang aku bukan setakat pada perbuatan, tapi perkataan juga. Supaya mak rasa kami benar2 sayangkan dia. Arwah ayah, kami sentiasa doakan kesejahteraanmu di sana. :)
Hari Guru. Tak silap aku, 2 tahun lepas last aku wish benda nih kat cikgu2. Sekarang dah jadi mahasiswa, aku tak nampak lagi "cikgu-cikgu" melainkan pensyarah semata-mata. "cikgu" maksud aku, orang yang kaya dengan nasihat, suka denda, bawak buku banyak2 gi kelas. denda? ya denda. zaman sekolah menengah aku penuh dengan dendaan. bukan salah pendidik, tapi salah aku sendiri. bermacam-macam denda pernah aku rasa. jalan itik, peluk tiang, angkat kerusi, buat homework kat parking kereta, pakai telekung. zaman sekolah. perkara normal bagi aku. nakal tuh buat aku rasa zaman sekolah aku sweet sangat. berbalik kepada cerita pasal pendidik.. kepada cikgu yang pernah mengajarku, selamat hari guru ya. terima kasih kerana memberi ilmu, terima kasih kerana berkorban, terima kasih kerana bersabar, dan terima kasih kerana mendenda. Bak kata cikgu Aziah, besar jasa seorang guru memanusiakan seorang murid. memang. aku akui kata beliau. selama bergelar pelajar, pelbagai ilmu yang dicurahkan oleh cikgu-cikgu kepada aku. aku belajar banyak perkara. bahasa malaysia, english, arab, matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, geografi, sejarah, pendidikan islam, al Quran & as Sunnah, Syariah, Usuluddin dan banyak lagi. aku ingat lagi antara ramai2 cikgu yang mengajar, rasa2nya cikgu kimia yang paling kesian. mengajar, tapi dia sendiri yang stress. ustaz mengajar arab pulak steady. dari tingkatan 4 sampai 6 atas aku tido pun dorang x marah. denda pun jarang. cikgu-cikgu semua baik. terima kasih cikgu.
Ada pendidik yang pernah berkata, beliau ingin melihat aku berjaya. Alhamdulillah. Aku berusaha menuju kejayaan cikgu. Aku cuba. Terima kasih atas dorongan. Maafkan atas kesilapan kami. Halalkan segala yang ditaburkan kepada anak didikmu. Tanpa pendidik, aku pun tidak mengenal apa itu huruf 'A' yang mewakili nama Adi Akmal aku dan apa itu huruf "Z" yang mewakili nama aku sendiri. Dan mungkin tika itu aku kekal dalam dunia kejahilan. bahkan, boleh jadi, aku pun tidak mengetahui akan kejahilan diri aku sendiri. Terima kasih kerana memanusiakan kami. Moga tugas mendidik turut menjadi sebahagian daripada amal jariah kalian semua kelak.
ikangumj 16 Mei 2014
~anak didik sk pergau smk agama igan smk agama sibu ums~
No comments:
Post a Comment