Sunday, 23 December 2018

Review: Garnier Micellar Oil-infused Cleansing Water

Assalamualaikum! Hello. Hari nih kita review micellar water lagi ok. Tapi kali nih ada campuran minyak pulak. Garnier oil-infused cleansing water!

Gambar google 


  Sebenarnya make up remover nih bukan aku yang beli. Kakak aku bagi disebabkan kulit dia tak ngam dengan brand nih. So aku pun try laaa. Yang nih botol kecik 125ml. Rasa-rasanya harga dia dalam RM 19-20 je kot.

  Aku tengah pakai make up remover nih disebabkan make up remover silky girl pure fresh aku belum beli lagi. Kalau tengok kandungan dia, make up remover nih tak termasuk dalam kategori cleansing oil. Sebabnya dia bukan 100% minyak. Dorang just masukkan minyak dalam micellar water nih. So boleh dikatakan ia adalah micellar+oil. Kat layer atas dia pun nampak minyak dia.

  Tekstur dia macam aku cakap tadi, bila pakai air biasa ada minyak sikit. Cara pakai pun dia ada nyatakan kat belakang botol. Goncang sebelum pakai. Then gunakan cotton pad untuk sapukan kat muka. And dia kata tak perlu bilas. Tak perlu bilas??






  Aku kurang setuju sebenarnya kalau tak perlu bilas nih. Sebab masa aku pakai, aku bilas pun boleh rasa kot berminyak sikit. Lepas bilas aku lap bersih-bersih muka aku. Okla, tak rasa dah. Boleh apply kat muka, mata & bibir. Bau dia wangi. Yang nih aku suka. Hahah.

  Kesan dia bagi aku, memang boleh bersihkan make up kat muka. Of course rasa bersih lepas guna dia. Yang heavy make up bolehla try pakai. Sebab cleanser nih sangat berkesan untuk remove semua jenis make up.



Notable ingredients & ingredients related to skin type

  Kalau tengok analisis dari cosdna, ada beberapa ingredients dia yang tak berapa selamat sebab dah sampai ke no 7 kot. Kalau dah sampai 7 means boleh bagi kesan tak elok untuk certain orang. Skincarisma pun ada state yang ethylhexyl methoxycinnamate boleh menyebabkan irritant kat kulit bagi yang kulit sensitif. Jadi patch test dulu sebab tak semua sesuai untuk satu-satu produk!


Pros: mudah didapati, harga berpatutan, bau wangi.
Cons: tak bilas rasa berlengas kat muka, so lagi elok bilas lepas guna.

Rate: 4/10 (aku tak berapa minat 😂)
Repurchase: never. Tapi yang nih pun bukan aku yang beli. Hahahah

Saturday, 22 December 2018

Review: Biore Cleansing Oil

Hi! Kali nih aku nak buat review untuk cleasing oil pulak.

  Tapi sebelum tuh, kenapa kita perlu guna cleansing oil? Penting ke? Cleansing water kan ada? Ok.. sebenarnya cleansing oil nih antara elemen penting dalam penjagaan kulit. Yang tahu pasal 10 step korean skin care atau peminat skin care akan familiar dengan nama nih.

  Pernah dengar double cleansing method tak? Haa. Ini antara elemen yang perlu ada untuk double cleansing method. Cleansing oil amatlah penting lebih-lebih lagi si peminat heavy make up. Tapi tak bermakna yang tak pakai make up langsung tak perlu guna. Cleansing oil nih untuk remove segala oil based impurities seperti sunscreen, make up & lebihan minyak kat muka. Memang penting sebab oil impurities nih kalau tak buang akan menyebabkan pori tersumbat. Manakala cleansing water atau water based cleanser untuk remove segala water based impurities misalnya peluh & debu sahaja. Jadi, nampak tak perbezaan dia?

  Berkenaan dengan double cleansing method tadi, aku nak explain secara ringkas je. Nak tahu lebih lanjut boleh google ye. Double cleansing nih maksud dia kita bersihkan muka dengan 2 jenis pencuci; oil based cleanser & water based cleanser. Lepas gula oil cleansing, cuci guna pencuci yang kita selalu pakai tuh. Thats all.

Gambar google




  Ok. Berbalik kepada review aku tadi. Aku guna biore cleansing oil. Banyak lagi sebenarnya cleansing oil, aku baru try yang nih je. Seboyol aku beli dalam range harga RM19-20 je untuk 150 ml. Aku pakai lebih dari 3 bulan, aku beli bulan 6 sebelum raya konon-konon nk pakai masa raya sebab raya selalu tempek macam-macam benda kat muka.


Tekstur dia

  Tekstur dia of course berminyak tapi agak runny. Macam minyak kelapa gitu. Tapi agak cair sikit la kot. Bau wangi, tapi tak terlalu kuat. Aku suka! Haha. Benda nih first aku capai waktu malam sebelum mandi. Siang aku jarang pakai, means aku pakai sekali sehari.

  So far, kulit muka aku rasa "lebih bersih" berbanding aku pakai micellar water. Basuh guna air pun dah ok, cuma kalau nak lebih bersih, aku selalu guna foam cleansing (water based cleanser). Lepas guna muka rasa saaangat bersih. Tak kering & lembut pulak tuh. Mula-mula pakai dulu rasa berminyak jugak. Yelah, dah nama oil cleansing kan. Tapi lama kelamaan korang akan terbiasa dan rasa tak selesa kalau sehari tak pakai. Hahah.


Ingredients analysis dari cosdna

Notable ingredients dia

Save & bad ingredients for dry skin

Bad ingredient for oily skin

Bad ingredients for sensitive skin

  Berdasarkan analisis kat atas, not all people will suit with this cleansing oil. Ada yang sesuai ada yang tak. Macam kawan aku, dia alergik mineral oil. Pakai cleanser nih tumbuh jerawat kat muka. Kalau aku pulak takde masalah. Patch test first ok! 😉

Pros: harga affordable, tahan berbulan-bulan, tak mengeringkan, melembutkan dan melembapkan kulit, bau wangi tapi tak berapa kuat.

Cons: so far nothing.

Rate: 9/10
Repurchase: yes definitely! Selagi tak jumpa cleansing oil yang affordable tapi satisfying macam biore nih.

(Hobi aku memang suka tukar-tukar brand skincare. Sebab nak tengok kesan masing-masing macam mana 😂)

Review: Silkygirl Pure Fresh all-in-one Cleansing Water

Hi. Assalamualaikum. Entry kali nih aku nak review make up remover lagi. Tapi versi cleansing water pulak. Silkygirl Pure Fresh all-in-one Cleansing Water.


Gambar google

Alcohol, oil, fragrance, soap, colorant free!

  Sebotol 150ml, harga dalam rm18 ~ 19 je. Tahan hingga 4 bulan (sebab aku jarang jugak pakai). Yang nih jenis micellar water, so nak apply perlukan cotton pad. Tekstur dia macam air kosong, jernih gitu & tidak berbau. Memang sesuai bagi yang berkulit sensitif.

  Cara guna, just tuang kt cotton pad & tonyoh kat muka. Nak sapu dulu & lap guna cotton pad pun boleh. Ikut keselesaan masing-masing. Aku guna cleansing water nih kalau aku keluar rumah waktu siang. Then balik tuh aku tonyoh dia untuk buang semua sunscreen, bb cream etc. Sebab tak nak apply cleansing oil dulu (aku prefer guna sehari sekali iaitu pada waktu malam). Lepas tonyoh aku bilas dengan air.

  Ok la, agak bersih dari make up remover jenis losyen tadi. Muka pun tak rasa tegang. Lembut jerrr. Micellar water nih dia claim boleh guna kat bibir & mata selain kulit wajah. Aku pun guna jugak kawasan sekitar mata & untuk tanggalkan lip gloss. Memang tak pedih & tak kering langsung. Sangat lembut. Bilas dengan air pun rasa bersih je. Kulit mantain lembap.

Ingredients analysis dari cosdna

Notable ingredients dia

Sensitive skin


Oily skin

Dry skin

  Ok. Berdasarkan analisis dari skincarisma, micellar water nih selamat untuk dry skin macam aku. Walaupun ia tidak memedihkan kulit, tapi kandungan lactic acid diragui bagi sensitive skin disebabkan ada certain people alergik lactic acid. Sama seperti oily skin. Ia ada kandungan petrolatum yang berpotensi untuk menyumbat pori. Tapi, tengok kat analisis cosdna tahap irritant & safety bernilai rendah. So, tak semua akan breakout or purging bila pakai cleamsing water nih. Patch test first before use it. 😉


Pros: harga murah, mudah didapati, tidak berbau bagi yang tak suka skin care yang berbau, mudah didapati, tidak mengeringkan & memedihkan kulit.

Cons: depend on cotton pad bila nak apply. Means tak ada cotton pad susah nak guna.


Rate: 8/10
Repurchase: yes.

Friday, 21 December 2018

Review: Silkygirl Hydra Clean Make up Remover

Assalamualaikum! Kali nih aku nak review pasal make up remover pulak. Kita mulakan dengan make up remover yang 'tertua' yang masih ada dalam simpanan aku 😂 silkygirl hydra clean make up remover.


Gambar google


  Sebotol RM7++ untuk 100ml, sebab aku beli masa promo. Aku beli sebab make up remover pixy aku habis & make up remover dari SG nih mudah nak pakai especially bila kau kat luar rumah. Boleh apply tanpa cotton pad disebabkan ia sejenis losyen penanggal make up. Tekstur creamy tapi agak cair berbanding losyen tangan biasa. Kandungan utama dia pulak vitamin e, ekstrak aloe vera & chamomile.

Tekstur dia agak runny sikit berbanding losyen biasa

Lagi satu, yang bestnya losyen nih dia juga boleh digunakan kat kawasan mata & bibir. Tak semua make up remover boleh digunakan kat bibir ye.

Untuk muka, mata & bibir

  So, bila aku kat luar rumah, nak solat, aku apply la losyen nih. Selalunya aku bubuh kat tangan, gosok-gosok kat muka then bilas. Losyen nih sesuai untuk yang berkulit kering & sensitif. Sebab lepas bilas kulit tetap rasa lembab & lembut. Tengok dari kandungan utama dia pun memang sah-sah tak keringkan kulit. Tapi, yang jenis make up berat (yg pakai eye liner, concealer, foundation etc) aku rasa better jangan guna. Sebabnya losyen nih kurang berkesan menanggalkan make up tersebut. Aku sendiri pun rasa tak berapa 'bersih' selepas gunakan losyen nih. Just nak tanggalkan penghalang air wuduk boleh la kot.

Ingredients analysis cosdna

Notable ingredients dia
4 kandungan dia yang sememangnya sangat baik untuk dry skin


1 kandungan dia tidak begitu elok untuk oily skin

2 kandungan elok, 1 kandungan tidak begitu elok untuk sensitive skin


  Kalau tengok dari analisis kat atas, bagi certain orang yang tak ngam, losyen nih berpotensi menyebabkan jerawat disebabkan kandungan dia boleh menyumbatkan pores. And walaupun aku kata losyen nih sesuai untuk kulit sensitif, tapi certain kulit sensitif mungkin tak boleh guna jugak, tengok ingredients dia. Bbut it depends on your skin. Patch test dulu yah!


Pros: harga murah, senang apply, tak menegangkan kulit, bau wangi, tak rasa melekit.

Cons: kurang efektif bagi yang jenis heavy make up.

Rate: 5/10

Repurchase: no. Nak guna micellar water. Hehe

Monday, 17 December 2018

Review: Cosmoderm Vitamin E Cream 1000iu

Hi! Hari nih pulak nak bagi testimoni untuk cosmoderm vitamin e cream 1000iu. Here we go!

Gambar google

  Krim nih aku masukkan dalam kategori pelembap disebabkan memang fungsi dia melembapkan di samping merawat kulit kusam dan parut. In the other word, krim nih bersifat merawat masalah kulit tona tak sekata. Nih aku google kat Official Website Cosmoderm untuk detail dia;

Pelembap ringan diperkaya dengan anti oksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas

  • Mempunyai 1,000 I.U Vitamin E dan Minyak Rosehip untuk pudarkan parut dan cela agar kulit kekal berseri. 
  • Menyerap secara mendalam untuk menyembuh dan melembapkan kulit agar kulit lebih sihat.
  • Khusus untuk kulit normal dan kombinasi. (tapi kat tube tulis normal & oily 🤔)


  Okay, satu tube aku beli RM19.90 (50ml), tahan beberapa bulan (aku guna start dari bulan 6 sampai sekarang tak habis lagi). Dari segi tekstur pulak krim nih pekat, so since kulit aku tak kering teruk, aku apply beberapa calit je, tapi apply banyak-banyak pun tak rasa berminyak (bagi aku la) sebab krim nih cepat meresap.

Tekstur krim nih

Cepat meresap & no white cast


  Selalunya aku apply malam sebelum tido selepas guna toner atau selang seli dengan pudding cream (nak tahu pasal pudding cream boleh tengok previous entry aku ye). Pendek kata, aku apply krim nih bila aku rasa kulit aku sangat dehydrated. And aku tak pernah pakai sekali dengan essence disebabkan tekstur dia yang agak pekat kalau bandingkan dengan pudding cream. Cara pakai macam aku kata tadi, dot-dot sikit kat setiap bahagian muka then ratakan. Krim nih sangat bagus sebab dia cepat meresap dan tak berapa melekit even tekstur dia agak pekat. Rasa selesa je bila apply kat muka.

  Kesan dia, i think kulit aku rasa lembap, kalau apply sebelum tido, bangun tuh rasa lembut je kulit, dan dia claim untuk rawat kulit kusam kan? Yes, its really work for me. Tak rugi try. 😉


Ingredients analysis untuk krim nih

1 kandungan dia yang diayorkan untuk dry skin

2 kandungan dia yang tidak begitu elok untuk oily skin

  Berdasarkan analisis oleh skincarisma nih, certain people with oily skin akan mengalami acne prone disebabkan 2 kandungan dia yang berpotensi menyumbat pori. So, patch test sebelum guna sis!


Pros: price affordable, recommended for normal to dry skin, kurang berbau, kesan memang nampak bagi aku.

Cons: macam typical drugstore skincare, effect agak lambat tapi berbaloi utk try!

Rate: 9/10
Repurchase: yes, definitely!

Review: Pink by Pure Beauty So Smooth Pudding Cream

Hi. Entry kali nih aku nak review pasal moisturizer yang aku guna dari bulan 9 hari tuh sampai sekarang (bulan 12).



  Krim nih aku baru beli awal September, Rm30++ per 50ml. Aku pakai selepas apply essence, & so far memang guna waktu malam je. Maksudnya sekali sehari guna. Kadang2 kalau keluar rumah waktu siang, nampak je cahaya matahari, baru la rajinkan diri guna moisturizer hingga ke sunscreen 😂 dan aku pilih pudding cream instead of vitamin e cosmoderm (yang aku guna jugak sekarang) disebabkan tekstur dia agak cair (watery gel) berbanding krim vitamin e cosmoderm. Ala-ala puding gitu.

Tekstur pudding cream 

  Dari packaging sampai ke bau, memang sangat comel. Of course bau dia agak wangi. Yang bestnya jugak, krim nih bebas dari alkohol, lanolin & paraben.

Key ingredients dia. Boleh try check kat skincarisma

  Aku guna krim nih satu jari penuh je (means korek sekali je dari bekas) disebabkan tekstur dia agak cair & senang diratakan. Quick absorb, lepas pakai tak rasa kering dah muka. Rasa dewy gitu. Tapi bila pakai sekali dengan essence dia, muka rasa agak melekit sikit. Kalau duduk dalam aircond jadi ok. Tak rasa melekit. Dan aku pun terbaca feedback orang lain, ade yang gatal-gatal guna krim nih. Means kulit dia tak sesuai. Aku pun rasa gatal-gatal, selalunya kawasan tepi pipi bawah telinga je. Tak tahu sebab rambut ke atau sebab lain. Haha. Tapi tak bagi kesan pape kat kulit aku, so far not harm my skin. Kesan lain, bangun tido then cuci muka, rasa best je. Lembut & lembap. Jadi ala-ala orang korea gitu. Kikiki.

2 kandungan dia yang baik untuk dry skin

1 kandungan dia yang tidak begitu elok untuk oily skin

1 kandungan dia yang tak begitu elok untuk sensitive skin

  Kalau tengok berdasarkan skincarisma analysis, certain people with oily skin tak boleh guna krim nih disebabkan kandungan ethylhexyl palmitate dia yang berpotensi untuk menyumbat pori dengan comedogenic rating dia 4. Sama jugak untuk kulit sensitif. Certain orang yang tak ngam dengan lactic acid berkemungkinan akan mengalami irritation dengan produk nih. Apa-apapun, patch test dulu sebelum guna ye!


Pros: cepat meresap, bau wangi (aku memang jenis suka krim berbau 😂), aku pakai tahan 3 bulan sebab tak perlu tempek banyak2 kat muka, no more dry skin.

Cons: mahal bagi aku kalau beli masa tak ada promo, muka ada rasa gatal-gatal sikit bila pakai, tapi tak bagi bad sign kat kulit aku. Packaging dia non hygenic, pandai-pandai sendiri nak hygenickan dia 😂.

Rate: 7/10
Repurchase: yes, selagi tak jumpa moisturizer from korea yang harga mampu milik. Hahah

Friday, 7 December 2018

Trip to Brunei Darussalam (BWN)

Assalamualaikum. Hi! Entri kali nih aku nak share pengalaman aku berkaitan dengan percutian aku ke negara serambi Mekah nih. Bukan Acheh ye. Brunei Seri Begawan. Ok. Lets start!

Persiapan ke Brunei
Sebelum nak gi Brunei, of course kita kena buat persiapan berkenaan dengan perjalanan kita untuk ke sana kan? Ok, kat sini, kakak aku suggest supaya kami berangkat dari Sibu ke Miri dengan kapal terbang & seterusnya dari Miri ke Brunei dengan jalan darat iaitu kereta (since kakak aku memang kerja sana, dia & kawan dia yang pi ambik nanti). So, kiteorang mula lah menempah tiket penerbangan ke Miri. Tapi boleh je guna bas or kereta dari Sibu ke Miri tuh. Kiteorang guna kapal terbang sebab nak jimatkan masa plus anak kakak aku jenis cepat mabuk dalam kereta & seangkatan dengannya. Ok, settle hal tiket penerbangan. Dah sampai Miri nanti macam mana? Mesti nak lalu boarder atau sempadan Miri - Brunei kan? Kat sini aku nak kongsi sedikit pengalaman memandangkan hari tuh aku pun duk google pasal passport nak ke sana. & tak ramai yang buat entri pasal passport nak ke Brunei nih. Aku dengan mak aku mula2 ingat nak tanya je kat pejabat imigresen pasal passport nih. Tapi nasib kiteorang baik, terus buat boarder pass kt situ jugak. Kiteorang buat sehari sebelum nak berangkat ke Miri, sebabnya sebelum nih ingatkan nak buat boarder pass tuh kat Miri je. Tapi takut jadi pape nanti mak kata elok lah tanya dulu & kalau boleh buat terus kat pejabat imigresen Sibu nih. So, kiteorang buat lah kat Sibu je. Mula-mula masuk pejabat imigresen tuh kiteorang gi kaunter tanya pasal passport nak ke Brunei. So dorang cakap laa boleh buat kat sini. (Memangla buat kat pejabat imigresen kan? Hahaha) Then pegawai tuh suruh bagi fotokopi Ic & suruh aku ukur ketinggian kat situ. Settle ukur tinggi, dia bagi nombor & aku gi kaunter lain pulak nak bergambar & cop tangan kat borang. Lepas tuh bayar, & kena tunggu beberapa jam untuk dapatkan buku pas sempadan tuh. Tak silap aku dekat 3 jam jugak tunggu kot. Sementara tunggu tuh aku & mak jalan-jalan laa dulu buang masa. Hehe. So, tepat 430 petang (sebab pegawai tuh tulis kat kertas suruh ambik jam 430) kiteorang pi tuntut buku tuh. Sebelum lupa, pas perjalanan terhad khas untuk ke Brunei Darussalam sahaja nih dikenakan bayaran RM50 untuk 5 tahun. Yang nih ramai yang tertanya-tanya. Pas nih semua boleh apply ke? Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, pas nih dikeluarkan untuk orang Sarawak, Sabah & WP Labuan sahaja. Tak semua boleh apply. So, bagi orang Semenanjung Malaysia yang ingin ke Brunei, anda perlu mendapatkan passport merah ye. Aku bagitahu sebab ada yang confuse pasal nih. Ok. Settle hal passport. Yang belum buat tinggal anak sedara aku & adik lelaki aku. Anak sedara aku mak dia (kakak aku) yang pi settlekan sendiri nanti kat Miri untuk memudahkan urusan, manakala adik laki aku pulak flight dia dari KL ke Miri, so terpaksa buat kat Miri la.

Sibu - Miri
Perjalanan dari Sibu ke Miri guna flight hanya sejam. Sampai kat sana, kedatangan kiteorang disambut oleh kakak aku dengan member dia. Setengah jam selepas itu, adik aku dari KL pulak menyusul. Makan-makan, then kiteorang terus pergi UTC Miri nak uruskan hal boarder pass nih. Sampai je kat pejabat sana, tup-tup pegawai tuh kata boleh buat passport merah je. Passport biru habis. Seperti yang dijangkakan! Nasib baik aku ada tanya mak cik aku yang selalu ulang alik dari Miri ke Brunei hari tuh. Dia pun ada kata, passport biru nih cepat habis kalau kat Miri. Maklumla, ramai yang buat kat Miri untuk lalu sempadan Brunei sama ada ke Brunei atau Sabah. Kat sini aku dengan mak tarik nafas lega. Mana tak nya, passport nih kena bayar RM200, so beza dia RM150 kalau nak dibandingkan dengan boarder pass biru tuh. Tapi yang untungnya adik & anak sedara aku dah boleh pi mana-mana oversea la pasnih. Hahaha. Nak dijadikan cerita, kami bayar la RM400 then prosedur penyiapan pun sama. Settle segala urusan, kami mula berangkat ke Brunei.

Pas perjalanan terhad ke Brunei (Biru) & passport antarabangsa Malaysia (merah)


Trip to Brunei (BWN)
Perjalanan dari Miri ke Brunei bagi aku lama jugak. Mungkin dalam 2 ke 3 jam (tak pasti sangat pasal aku jadi penumpang yang reti bangun tido je 😂) Sampai kat Brunei, kiteorang duk apartment kakak aku. Oh ya. Sebelum lupa, kat sini signboard kebanyakannya tulisan jawi. Tapi, jangan risau bagi yang tak pandai baca jawi. Dorang letak sekali tulisan rumi 😅 kedai-kedai pun sama. (Tips: menurut kakak aku, kedai makan yang tak halal boleh dikenalpasti, dorang tak guna tulisan jawi. & kalau ada sekalipun, tempat tersebut agaklah tertutup.) Ok. Sambung semula. Kakak aku kata lepas isyak malam nih nak bawak kiteorang gi kayuh basikal lip lap kat Taman Mahkota Jubli Emas. Dipendekkan cerita, lepas makan kiteorang pun pergilah ke taman tersebut. Kakak aku sewa basikal 4 tempat kayuh. Tak silap 25$ untuk sejam. Sakan noh mengayuh 😂 taman nih saangat luas dan cantik. Kat sini ramai yang pi jalan-jalan macam kiteorang. Memang salah satu tempat tumpuan pelancong la kot.






Hari seterusnya, kami banyak buang masa kat mall je memandangkan cuaca hujan, tak boleh nak keluar jalan-jalan. Mall kat sini tak jauh beza sangat dengan mall kita. Tapi, surau banyak. Negara islamic kan.



Tempat lain kiteorang pi, ialah Muzium Kebesaran Diraja. Masuk muzium nih kena pakai selipar dalam rumah, barang-barang termasuk handphone kena simpan kat locker. Lepas habis round satu muzium baru boleh tangkap gambar. Tapi kat bahagian depan-depan je (bahagian dekat dengan pintu utama).











Petang pulak, kiteorang pi kawasan hotel yg dikatakan milik keluarga sultan, The Empire Hotel & Country Club. Kawasan persekitaran hotel nih sangatlah luas. Maklumlah, hotel 5 stars kan. Kiteorang sebenarnya nak gi kawasan tepi laut yang bertentangan ngan hotel nih. So, untuk ke tepi laut nih kiteorang lalu ikut dalam bangunan hotel. Memang mewah giler. Pelayan-pelayan kat situ pun tak kisah pelawat keluar masuk kawasan tersebut. Memang terbaik sangat. Setengah jam kemudian, kiteorang pun mula bergerak nak melawat bahagian luar istana diraja. Masa tuh dah maghrib. So memang cadang nak tengok sekejap je. Lagipun tak boleh masuk kan. Hehe. Istana Nurul Iman. Dikatakan istana nih adalah istana terbesar di dunia. Wahh. Istana nih terletak di tengah kawasan bandar Brunei. Sebelum kiteorang nak park depan gate dia, 2 pak gad cuba bagi signal supaya semua kenderaan berhenti, bagi laluan untuk ahli keluarga sultan nak keluar. Lepas daripada tuh, kiteorang pergilah bergambar di hadapan pagar istana nih. Depan pagar je la mampu. Masa lawatan tak kena. Haha. Sebelum nak berangkat balik, kenderaan sekali lagi diminta untuk memberi laluan, dengar kata puteri nak masuk istana. So, kiteorang tengokla sekali lagi adegan nih. Rasa kagum sangat dengan negara nih. Sultan dekat betol dengan rakyat.


Depan pagar istana 😂

Kerabat diraja keluar istana

Ok, thats all! Sebab esoknya dah berangkat ke Miri. Hihi. Thanks for reading my blog ❤