![]() |
Gambar google |
Sebotol RM7++ untuk 100ml, sebab aku beli masa promo. Aku beli sebab make up remover pixy aku habis & make up remover dari SG nih mudah nak pakai especially bila kau kat luar rumah. Boleh apply tanpa cotton pad disebabkan ia sejenis losyen penanggal make up. Tekstur creamy tapi agak cair berbanding losyen tangan biasa. Kandungan utama dia pulak vitamin e, ekstrak aloe vera & chamomile.
![]() |
Tekstur dia agak runny sikit berbanding losyen biasa |
Lagi satu, yang bestnya losyen nih dia juga boleh digunakan kat kawasan mata & bibir. Tak semua make up remover boleh digunakan kat bibir ye.
![]() |
Untuk muka, mata & bibir |
So, bila aku kat luar rumah, nak solat, aku apply la losyen nih. Selalunya aku bubuh kat tangan, gosok-gosok kat muka then bilas. Losyen nih sesuai untuk yang berkulit kering & sensitif. Sebab lepas bilas kulit tetap rasa lembab & lembut. Tengok dari kandungan utama dia pun memang sah-sah tak keringkan kulit. Tapi, yang jenis make up berat (yg pakai eye liner, concealer, foundation etc) aku rasa better jangan guna. Sebabnya losyen nih kurang berkesan menanggalkan make up tersebut. Aku sendiri pun rasa tak berapa 'bersih' selepas gunakan losyen nih. Just nak tanggalkan penghalang air wuduk boleh la kot.
![]() |
Ingredients analysis cosdna |
![]() |
Notable ingredients dia |
![]() |
4 kandungan dia yang sememangnya sangat baik untuk dry skin |
![]() |
1 kandungan dia tidak begitu elok untuk oily skin |
![]() |
2 kandungan elok, 1 kandungan tidak begitu elok untuk sensitive skin |
Kalau tengok dari analisis kat atas, bagi certain orang yang tak ngam, losyen nih berpotensi menyebabkan jerawat disebabkan kandungan dia boleh menyumbatkan pores. And walaupun aku kata losyen nih sesuai untuk kulit sensitif, tapi certain kulit sensitif mungkin tak boleh guna jugak, tengok ingredients dia. Bbut it depends on your skin. Patch test dulu yah!
Pros: harga murah, senang apply, tak menegangkan kulit, bau wangi, tak rasa melekit.
Cons: kurang efektif bagi yang jenis heavy make up.
Rate: 5/10
Repurchase: no. Nak guna micellar water. Hehe
No comments:
Post a Comment