Tapi sebelum tuh, kenapa kita perlu guna cleansing oil? Penting ke? Cleansing water kan ada? Ok.. sebenarnya cleansing oil nih antara elemen penting dalam penjagaan kulit. Yang tahu pasal 10 step korean skin care atau peminat skin care akan familiar dengan nama nih.
Pernah dengar double cleansing method tak? Haa. Ini antara elemen yang perlu ada untuk double cleansing method. Cleansing oil amatlah penting lebih-lebih lagi si peminat heavy make up. Tapi tak bermakna yang tak pakai make up langsung tak perlu guna. Cleansing oil nih untuk remove segala oil based impurities seperti sunscreen, make up & lebihan minyak kat muka. Memang penting sebab oil impurities nih kalau tak buang akan menyebabkan pori tersumbat. Manakala cleansing water atau water based cleanser untuk remove segala water based impurities misalnya peluh & debu sahaja. Jadi, nampak tak perbezaan dia?
Berkenaan dengan double cleansing method tadi, aku nak explain secara ringkas je. Nak tahu lebih lanjut boleh google ye. Double cleansing nih maksud dia kita bersihkan muka dengan 2 jenis pencuci; oil based cleanser & water based cleanser. Lepas gula oil cleansing, cuci guna pencuci yang kita selalu pakai tuh. Thats all.
![]() |
Gambar google |
Ok. Berbalik kepada review aku tadi. Aku guna biore cleansing oil. Banyak lagi sebenarnya cleansing oil, aku baru try yang nih je. Seboyol aku beli dalam range harga RM19-20 je untuk 150 ml. Aku pakai lebih dari 3 bulan, aku beli bulan 6 sebelum raya konon-konon nk pakai masa raya sebab raya selalu tempek macam-macam benda kat muka.
![]() |
Tekstur dia |
Tekstur dia of course berminyak tapi agak runny. Macam minyak kelapa gitu. Tapi agak cair sikit la kot. Bau wangi, tapi tak terlalu kuat. Aku suka! Haha. Benda nih first aku capai waktu malam sebelum mandi. Siang aku jarang pakai, means aku pakai sekali sehari.
So far, kulit muka aku rasa "lebih bersih" berbanding aku pakai micellar water. Basuh guna air pun dah ok, cuma kalau nak lebih bersih, aku selalu guna foam cleansing (water based cleanser). Lepas guna muka rasa saaangat bersih. Tak kering & lembut pulak tuh. Mula-mula pakai dulu rasa berminyak jugak. Yelah, dah nama oil cleansing kan. Tapi lama kelamaan korang akan terbiasa dan rasa tak selesa kalau sehari tak pakai. Hahah.
![]() |
Ingredients analysis dari cosdna |
![]() |
Notable ingredients dia |
![]() |
Save & bad ingredients for dry skin |
![]() |
Bad ingredient for oily skin |
![]() |
Bad ingredients for sensitive skin |
Berdasarkan analisis kat atas, not all people will suit with this cleansing oil. Ada yang sesuai ada yang tak. Macam kawan aku, dia alergik mineral oil. Pakai cleanser nih tumbuh jerawat kat muka. Kalau aku pulak takde masalah. Patch test first ok! 😉
Pros: harga affordable, tahan berbulan-bulan, tak mengeringkan, melembutkan dan melembapkan kulit, bau wangi tapi tak berapa kuat.
Cons: so far nothing.
Rate: 9/10
Repurchase: yes definitely! Selagi tak jumpa cleansing oil yang affordable tapi satisfying macam biore nih.
(Hobi aku memang suka tukar-tukar brand skincare. Sebab nak tengok kesan masing-masing macam mana 😂)
No comments:
Post a Comment